Hi adik-adik,
Laman web kelab kesayangan adik-adik
kini berwajah baharu. Bukan itu sahaja,
malah Nuri juga kini tampil dengan kostum
yang baharu dan lebih berwarna-warni.
Laman web Kelab Nuri kini lebih berinformatif serta padat
dengan berita-berita dan juga aktiviti menarik kelab.
Di samping lebih interaktif dengan adanya sudut-sudut
meriangkan seperti Sudut Permainan, Galeri Foto, Aktiviti
Bersama Nuri, adik-adik turut boleh mengulangkaji
pelajaran di Sudut Sekolah dan mengetahui akan promosi
terbaharu kelab menerusi ruang Promosi Kelab Nuri.
Bukan itu sahaja, adik-adik juga boleh membaca celoteh
Abang Happy yang bukan sahaja menghiburkan namun
kaya dengan nasihat. Selain itu, adik-adik turut boleh
menyertai soal jawab bersama Abang Happy di ruangan ini. Manalah
tahu, jawapan/soalan adik-adik terpilih untuk disiarkan nanti.
