Siri Jelajah Perancangan Kewangan Kelab Nuri Bank Rakyat 2012

 

Pada 20 Oktober 2012 Abg Mat bersama wargakerja Bank Rakyat Cawangan Jitra akan berada di SMK Jitra, Kedah untuk Siri Jelajah Perancangan Kewangan Kelab Nuri 2012. Terdapat 3 aktiviti utama yang akan dijalankan seperti Peraduan Seronoknya Mewarna Nuri, Peraduan Junior Chef kelab Nuri Adabi dan Demonstrasi Akademi Bola Sepak Kelab Nuri. Adik-adik jangan ketinggalan untuk turut serta bersama Abg Mat dan maskot Nuri. Selepas pulang dari Jitra Abg Mat akan memuat naik gambar-gambar kemeriahan rakan adik-adik dilaman sesawang Kelab Nuri ini…tunggu ye….